Wednesday, October 21, 2009

Semoga Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga UPSI.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan sebagai insan normal sampai tika dan saat ini. sesungguhnya begitu banyak nikmat dan kurniaan allah yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. pejam celik pejam celik sudah sampai jua kita semua dalam minggu 'refresh' ini.

Saya berharap kita semua dapat menggunakan masa dan peluang yang ada ini untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap subjek-subjek yang kritikal, yang mana memerlukan kefahaman dan penghafalan yang tinggi untuk kita score A.

Selain daripada usaha tersebut jangan pula kita lupa untuk memohon doa kepada Allah semoga segala yang kita rancang adalah selari dengan kehendak Allah. Selamat menempuh alam peperiksaan dan selamat maju jaya.

Insan Berjaya Islam Gemilang

1 comment:

al-mujaddid said...

assalamualaikum...insyaAllah,peringatan yg baik...smga kita cemerlang di dunia dan juga di akhirat...amiiin... "mahasiswa pendidik, pencetus transformasi"