Friday, October 30, 2009

Kerisauan Bakal Guru UPSI Terubat

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah marilah kita sama-sama merafa'kan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa di atas segala nikmat kurniaan-Nya kepada kita semua.

Suasana UPSI pada hari ini secara umumnya kelihatan agak ceria apabila mendengar sendiri maklumat yang telah disampaikan oleh wakil daripada KPM pada pagi tadi. Segala persoalan yang terdiam tanpa jawapan yang memuaskan telah terjawab dalam sesi kolokium yang telah dianjurkan tadi.

Penjelasan yang diberikan oleh wakil KPM tersebut,Pn. Faridatul Akma telah memberi harapan baru kepada seluruh warga UPSI khususnya. "ruang kosong masih banyak lagi,jangan risau,unjuran kekosongan pada tahun lepas pun masih kekosongan 11 ooo lagi". Katanya dalam menjawab persoaln yang diajukan oleh seorang pelajar semester akhir.

Namun begitu beliau memberi sedikit peringatan kepada semua graduan UPSI supaya bersedia dengan secukupnya dari segi ilmu pengetahuan dan soft skills kerana data yang menunjukkan ramai pelajar tersangkut dalam sesi temuduga tersebut.

Dalam pertemuan pada pagi tadi juga beliau turut menyentuh tentang bagaimana hala tuju seorang guru yang akan berada dalam arena pendidikan nagara nanti. Banyak peluang yang diberikan kepada kita samada dari segi kemudahan dan peluang untuk kenaikan pangkat. Semoga kita berlumba-lumba untuk menangkap segala 'umpan' yang diberikan.

Insan Berjaya Islam Gemilang

No comments: