Sunday, November 1, 2009

Good Luck For All

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan kepada seluruh warga UPSI umumnya dan penghuni Kolej Za'ba khususnya. Seminggu telah berlalu, begitu cepat masa berlalu tanpa menghiraukan manusia sekalian, besok (02/11/09) bermulalah final exam untuk semua pelajar UPSI.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam peperiksaan kepada semua. Semoga segala usaha kita semua sebelum ini dapat dizahirkan kepada pencapaian akhir dalam slip peperiksaan kita nanti.

Namun begitu suka saya untuk mengingatkan pelajar semua bahawa ilmu yang kita belajar dan perolehi itu bukan sahaja untuk dipaparkan di atas helaian kertas putih tersebut, tetapi ia harus dijadikan sebagai bahan untuk kita menongkah arus dunia yang semakin mencabar kini. Ingatlah ilmu itu datangnya daripada Allah dan seharusnya kita berusaha untuk ke arah tersebut.

Sesungguhnya harapan ayah & ibu di rumah amat tinggi kepada kita semua, semoga kita sedia untuk untuk membalas segala jasa mereka, renungkanlah.

Selamat Maju Jaya

No comments: