Saturday, February 27, 2010


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.


Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG


Friday, February 26, 2010

Red Worriors Sambut Ramadhan di Mekah


Kejayaan yang dicapai oleh pasukan bola sepak Kelantan dalam Piala Malaysia yang lalu memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat negeri termasuk di pihak pemerintah sendiri. Walaupun tidak berjaya merangkul piala dalam perlawana akhir, namun kebolehan mereka menempah tiket ke perlawanan akhir pun sudah memberi sejuta rahmat buat penyokong negeri yang sudah lama menati saat tersebut. Buktinya jelas apabila pada malam perlawanan tersebut, stadium Bukit Jalil hampir 70% diisi oleh rakyat kelantan yang gagah berbaju merah.

Bagi memberi tanda prihatin, kerajaan negeri telah berjanji akan membawa mereka ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah. Janji tersebut bakal tertunai apabila pihak KAFA mengesahkan tarikh kepada pihak kerajaan negeri semalam. Seramai 40 orang iaitu pemain termasuk pegawai pasukan akan diberi hadiah tersebut.

Begitu tinggi harapan Tok Guru supaya semua rakyat negerinya bertaqwa kepada Allah sehinggakan kejayaan sebegini diberi ganjaran yang tidak pernan dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri lain di Malaysia ini. Kita harapkan objektif kerajaan kelantan pimpinan tok guru ini tercapai, yang mana sambil bersukan jangan sesekali kita melupakan tanggungjawab kita sebagai makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. Selamat menunaikan ibadah umrah kepada semua pemain bola sepak negeri kelantan, semoga ibadah anda diterima dan diredhai oleh Allah. Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan seluruhnya.

Wednesday, February 24, 2010


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih lagi memberikan peluang kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan di kediaman persinggahan ini. Sesungguhnya ilmu merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia ini baik ilmu duniawi juga ukhrawi.

Pencarian ilmu memberi jaminan kepada seseorang betul-betul faham akan onak-duri kehidupan 'ujian' ini. Kebanyakan manusia pada hari ini berada dalam keadaan kejahilan dan kesesatan adalah disebabkan kecetekan ilmu di dada yang menjadi tunjang kepada segala keputusan yang bakal dibuat.

Di atas kepentingan tersebut, Pusat Islam telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Pengajian Pondok Universiti. Melalui program tersebut diharap dapat memberi input yang berguna kepada warga pendidik bangsa di sini. Ilmu tidak akan datang bergolek melainkan dengan usaha dan kepayahan.

Sunday, February 21, 2010

Rasulullah Suri Tauladan Terbaik



Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan pada hari ini untuk menyambut satu lagi peristiwa penting yang tercatat dalam lakaran sejaran. Selawat dan salam kepada jumjumgam besar nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala rasul dan pembawa rahmat untuk sekalian alam. Setiap 12 Rabiul Awal seluruh umat islam di dunia sudah pasti tidak melupakan tarikh yang paling bersejarah dalam kegemilangan Islam. Maka sambutan maulidurrasul yang diadakan oleh setiap masyarakat merupakan satu inisiatif untuk menyatakan/menzahirkan rasa kasih dan sayang kita kepada baginda. Baginda lahir umpama bulan yang hadir menerangi malam, bak matahari meyinari bumi alam semesta.

Allah swt berfirman dalam surah al- Ahzab : 21

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة

Bermaksud:

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik “

Setiap tahun kita memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah, anugerah dan sebagainya. Melalui majlis-majlis sebegini diharap masyarakat Islam dapat mengingati perit-getir perjuangan Rasulullah saw. Kita ummat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah saw sebagai uswah hasanah (contoh teladan yang baik) dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah ad-din iaitu cara hidup yang merangkumi seluruh kehidupan kita dengan mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t. melalui ajaran dan contoh tauladan daripada baginda inilah yang dapat membawa kita semua ke arah kebenaran dan sistem kehidupan yang betul. Kaedah dan diri tersebut haruslah kita aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai pelajar pada hari ini. Rasulullah pernah berpesan kepada para sahabat bahawa ilmu yang berguna adalah ilmu yang dapat membawa kita semua dekat kepada pencipta.

Keindahan agama Islam tidak dapat dirasai dan dihayati sekiranya kita tidak beramal dengannya. Leindahan Islam mancakupi segala aspek kehidupan manusia seperti akidah, ibadah, muamalat, akhlak, perundangan dan pelbagai lagi. Sekiranya kita semua mengamalkan cara kehidupan yang dianjurkan oleh Islam secara lengkapnya, insyaAllah umat Islam akan menjadi umat yang termaju.

Saya mengharapkan kepada semua siswa-siswi UPSI pada hari ini dapat menghadirkan diri dalam setiap sambutam maulidurrasul yang akan dianjurkan oleh mana-mana pihak samada pihak universiti ( Pusat Islam) ataupun daripada kolej-kolej kediaman. Bersamalah kita datang dan mengambil iktibar daripada sirah perjuangan baginda yang agung. Semoga kita semua dapat mewarisi sifat dan keperibadian terpuji Rasulullah dalam mendidik anak bangsa kelak.

Friday, February 19, 2010

Barisan MPP sesi 09/10




Yang Dipertua: Mohd Razik Bin Khalid
Timbalan Yang Dipertua: Shaiha Binti Sulaiman
Naib Yang Dipertua: Mohd Nizamddin Bin Samsudin
Setiausaha Agung: Zuraini Binti Zamri
Penolong Setiausaha: Nadiah Binti Mohd Khalid
Bendahari: Nurul Illyana Binti Mohamad
Penolong Bendahari: Khadijah Binti Mohd Bakri

EXCOExco Akademik dan Kerjaya :
Balaganesh A/L G.P Ponniah
Mohd Amin Bin Mat Sidik

Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa :
Mohd Muzakkir Afiq Bin Musa
Nooranoo Binti Arifin

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan :
Nurul Fatimah Binti Kilat
Nik Azrul Bin Nik Kamarudin

Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah :
Atiqah Binti Mohd Hasbi
Mohd Zahar Bin Mohamed Nor

Exco Perpaduan dan Integrasi :
Samual Sila Mathew Unjah
Juriah Binti Conding

Exco Ekonomi dan Keusahawanan :
Mohd Zulhelmi Bin Abdul Wahab
Noe Ashikin Binti Mohd Yusof

Exco Kesenian dan Kebudayaan :
Mohd Sahril Bin Mohd Yusof
Herwana Binti Herman

Exco Sukan dan Rekreasi :
Mohd Hafiez Bin Sabri
Mazira Binti Nasiron

Exco Penerbitan dan Informasi :
Nurul Fatihah Binti Azhar
Lok Yun Loi


MAKLUMAT LANJUT
Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar
Bangunan Bitara Siswa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon : 605-4506902
Faks : 605-4506903
http://mpp.upsi.edu.my

Thursday, February 18, 2010

Kaulah Kekasih Allah


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab: 21)



Ketika Allah SWT mengutus Rasul-Nya -saw-, maka bersatu suku-suku yang berpecah belah, lenyap permusuhan antara kabilah dan kelompok serta suku, dan ditetapkan batasan-batasan dan hukum-hukum dalam berperang, meletakkan dasar-dasar moral, menyempurnakan nilai-nilai kemuliaannya, sehingga terbentuk darinya umat yang dibangun oleh dasar-dasar kebebasan, menegakkan kebenaran dan keadilan antara sesama manusia, tanpa perbedaan warna, gender atau kelas dan tingkatan. Dan tidak akan tegak suatu umat kecuali kerana kebaikan yang dilakukan pada masa awal dan akhirnya, sebagaimana tidak akan berdiri suatu umat kecuali dengan meneladani Rasulullah saw.


Oleh kerana itu, umat Islam harus mempelajari sirah sehingga mereka dapat menerapkan nilai-nilainya dan pelajarannya dalam diri mereka dan membuat mereka menjadi panutan bagi manusia dalam ke istiqamahan dan kebaikan sejarah hidup mereka, lurus jalan hidupnya melalui dakwah mereka dalam melakukan reformasi. Sehingga itu semua, Nabi saw kembali menjadi cahaya yang terang benderang dan mengusir gelapnya kehidupan mereka, serta memberikan hawa sejuk dan kehangatan ke dalam hati, pikiran dan perilaku. Sebagaimana masyarakat Islam dapat kembali integritinya, istiqamahnya dan keteladanannya serta kembali mampu berada di garis terdepan dalam kepemimpinan di seluruh bangsa di dunia, firman Allah: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman”. (Ali Imran:110)

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai


Saya bersama rakan daripada Mahasiswa Pendidik ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh masyarakat Cina amnya dan para pelajar UPSI khususnya. Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Chai, Sui Sui Ping An. Semoga tahun Harimau ini membawa kejayaan kepada semua.

Valentine Barah Remaja Muslim


Kedatangan 14 FEBRUARI pasti akan dinanti oleh golongan remaja dan setiap pasangan yang bercinta.bagaimana Hari Valentine bermula. Malahan ramai yang tidak tahu mengenai asal usul dan sejarah mengenai Hari Valentine. Ramai remaja hanya mengikut apa-apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan samaada Hari Valentine wajar disambut ataupun tidak.

Melihat pada namanya sahaja maka jelas kepada kita bahawa Hari Valentine bukan berasal dari timur tetapi sebuah negara yang bernama Itali .Hari Valentine sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi,dan ajaran Kristian. Berdasarkan kepada hakikat ini,

APAKAH ASAS YANG KUKUH SEHINGGA UMAT ISLAM SENDIRI MENYAMBUT HARI VALENTINE ??

Sebagai seorang yang berilmu, kita mampu berfikir dengan baik. Kita sepatutnya menolak budaya untuk meraikan Hari Valentine kerana cinta adalah sesuatu yang suci dan tidak sepatutnya dicemari dengan unsur-unsur yang boleh merosakkan hubungan tersebut.

Cinta suci dan sejati hanya akan lahir daripada hati yang tulus. Cinta adalah persoalan hati yang akan sentiasa bersemi dalam sanubari. Sementelahan itu, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan pada Hari Valentine sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saturday, February 6, 2010

Suara Mahasiswa


Assalamualaikum...

Setelah seminggu proses pilihanraya kampus selesai dijalankan, masih lagi kita dengar berita yang kurang menyenangkan bagi universiti di Lembah Klang iaitu UM dan UKM. Kerancakan politik yang dilalui mereka menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap sistem politik yang dapat memberikan kuasa kepada sesuatu pihak untuk memerintah dengan acuan yang tersendiri. namun bukan itu isunya, tetapi keputusan pilihanraya yang telah diumumkan baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada pihak pentadbir universiti kerana bantahan demi bantahan dilakukan oleh mahasiswa.

Hujah mereka bertambah kuat apabila kali ini sistem e-voting digunakan yang menjadi perdebatan hangat sebelum PRK bermula lagi. Pada hari ini mereka sekali lagi berhimpun dan berarak bagi menuntut satu pilihanraya yang adil dapat dilaksanakan. Mereka juga mendesak TNC HEPA, Dr. Azarae Idris supaya meletak jawatan kerana gagal dalam melaksanakan tugas dan amanah.

Pihak HEP seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga dengan suara mahasiswa yang bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Pencabulan demokrasi kampus sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa sekarang sudah pandai dalam menilai kebenaran dan kerakusan.

Begitu juga kisahnya yang berlaku di UKM dan UPM. Kumpulan mahasiswa yang dikatakan menjadi pembangkang kepada HEP sering diusik dan diganggu. Apa yang berlaku adalah amat memalukan apabila mereka dinafikan kerusi kabinet MPP walaupun telah memenangi pilihanraya yang ' adil '. Pelbagai alasan dan isu cuba dicari bagi memastikan mereka tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet yang bakal dibentuk.

HEP sepatutnya menjadi pendorong kepada pemurnian politik kampus, bukannya menjadi dalang kepada mana-mana pihak. HEP juga mesti memberikan ruang yang sebaiknya supaya pelajar dapat menjadi rakyat yang mempunyai kematangan dalam berpolitik.

Saya melihat keadaan ini menyumbang kepada persaingan yang tidak sihat. Akhirnya mahasiswa yang akan menjadi golongan masyarakat kelak menjadi rakyat yang lesu dan terkongkong dalam istilah demokrasi yang telah dikurung.

Tuesday, February 2, 2010

Antara Harapan & Kejutan

Assalamualaikum..

Semalam ( Isnin- 12.00 a.m ) selesai sudah pemilihan bagi setiap kerusi yang bakal disandang oleh setiap individu yang memenangi pilihanraya yang lepas. Kabinet MPP ini merupakan satu perkara yang dinanti oleh semua pihak baik daripada pihak pentadbiran universiti keseluruhannya mahupun para siswa-siswi.

Perjalanan pemilihan berlaku dalam keadaan aman tanpa ada sebarang canggahan dan perbalahan daripada mana-mana pihak. Pemilihan harus berlaku dengan adil mengikut keupayaan individu menggalas tanggujawab yang akan dipikul kelak. Persoalan yang timbul adakah semua yang berlaku mengikut kehendak individu ataupun "permainan" telahpun diatur selengkapnya?

Siawa-siswi bijak pandai mampu melihat dan menilai dengan barisan kabinet MPP yang akan ditabalkan nanti. Corak yang dilakar sudah pasti mampu dianalisa sebaiknya dan saya lemparkan kepada anda semua untuk melihat 'special game' yang diwujudkan.

Monday, February 1, 2010

TERIMA KASIH MAHASISWA PENDIDIK



Assalamualaikum wbt dan salam mahasiswa pendidik...

Alhamdulillah, syukur pd ALLAH SWT kerana berkesempatan juga menulis di sini. Terasa bagaikan semalam peristiwa PRK berlaku. Memori suka duka dalam perjuangan sbg calon umum PRK kali ini. Pelbagai pengalaman dan memori indah yang tidak dapat dilupakan.

Syukur kepada ALLAH SWT atas nikmat kemenangan ini. Sungguh hanya DIA yang Maha Tahu hakikat di sebalik kemenangan ini dalam percaturan hidup ini. Terima kasih juga buat semua yang sudi mengundi saya seterusnya membawa kepada kemenangan saya sebagai calon umum PRK. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa suara mahasiswa pendidik kepada yang sepatutnya. InsyaALLAH, dengan segala kekuatan dan kesempatan yang diberikan oleh ALLAH swt, akan saya lakukan yang terbaik, sehabis baik dalam memikul beban amanah ini.

Buat mereka yang sentiasa menyokong saya; sahabat2 seperjuangan dan wakil-wakil calon, saya masih memerlukan doa dan sokongan kalian untuk meneruskan perjuangan. Sungguh, perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis..Namun, kepahitan yang ditelan itu bisa membawa kemanisan yang hakiki, InsyaALLAH. Janji ALLAH itu yang pasti.

Wallahu'alam..