Friday, February 26, 2010

Red Worriors Sambut Ramadhan di Mekah


Kejayaan yang dicapai oleh pasukan bola sepak Kelantan dalam Piala Malaysia yang lalu memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat negeri termasuk di pihak pemerintah sendiri. Walaupun tidak berjaya merangkul piala dalam perlawana akhir, namun kebolehan mereka menempah tiket ke perlawanan akhir pun sudah memberi sejuta rahmat buat penyokong negeri yang sudah lama menati saat tersebut. Buktinya jelas apabila pada malam perlawanan tersebut, stadium Bukit Jalil hampir 70% diisi oleh rakyat kelantan yang gagah berbaju merah.

Bagi memberi tanda prihatin, kerajaan negeri telah berjanji akan membawa mereka ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah. Janji tersebut bakal tertunai apabila pihak KAFA mengesahkan tarikh kepada pihak kerajaan negeri semalam. Seramai 40 orang iaitu pemain termasuk pegawai pasukan akan diberi hadiah tersebut.

Begitu tinggi harapan Tok Guru supaya semua rakyat negerinya bertaqwa kepada Allah sehinggakan kejayaan sebegini diberi ganjaran yang tidak pernan dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri lain di Malaysia ini. Kita harapkan objektif kerajaan kelantan pimpinan tok guru ini tercapai, yang mana sambil bersukan jangan sesekali kita melupakan tanggungjawab kita sebagai makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. Selamat menunaikan ibadah umrah kepada semua pemain bola sepak negeri kelantan, semoga ibadah anda diterima dan diredhai oleh Allah. Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan seluruhnya.

No comments: