Monday, November 16, 2009

Selamat Menunaikan Fardhu Haji


Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga anda semua selamat berlepas dan selamat kembali dengan jayanya. Gunalah kesemua peluang dan ruang semasa berada di bumi bertuah ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga anda semua diberi kesihatan tubuh badan dan mental yang sebaiknya oleh Allah supaya setiap rukun haji dapat ditunaikan dengan sempurna disamping melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain. Peluang untuk membersihkan segala kekotoran yang melekat dalam hati kita seharusnya digunakan sebaiknya oleh setiap jemaah haji.

Saya yakin dan percaya setiap orang berhasrat memijakkan kaki di tanah haram Makkatul Mukarromah hanya dengan satu misi iaitu mendapat pengampunan daripada Allah di atas setiap kesalahan yang dilakukan di dunia ini. Sesungguhnya Allah maha pengampun.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur. Kepada Rakyat Malaysia yang tidak ke Mekah diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan semoga korban kita diterima disisi Allah SWT.

No comments: