Tuesday, November 17, 2009

Pentas Debat Mungkin Terbuka Lagi












Tahniah diucapkan kepada semua ahli dewan Pakatan Rakyat yang tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan hak royalti kerajaan negeri Kelantan. Dalam sidang parlimen hari ini kedengaran lagi suara-suara wakil rakyat PR yang bercakap supaya royalti dapat dikembalikan sepenuhnya kepada Kelantan. Tuan Guru Hj Hadi Awang yang turut berucap mempertikaikan tindakan kerajaan pusat yang melakukan tindakan sama sepertimana yang pernah dilakukan kepada kerajaan negeri Terengganu suatu ketika dahulu.

YB. Salahuddin (Kubang Kerian) turut mencelah ucapan Nazri Aziz yang menggesa supaya kerajaan bersikap adil terhadap semua negeri walaupun diperintah PR. Kerajaan harus menepati segala perjanjian yang telah dibuat Petronas bersama kerajaan negeri sebelum ini, tambahnya lagi. Beliau juga mencabar Nazri Aziz selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Perdana Menteri untuk berdebat dengannya berkaitan kedudukan sebenar hak royalti tersebut.

Nazri Aziz menyahut cabaran tersebut dengan menyatakan beliau sanggup untuk berdebat sekalipun ia diadakan di Taman Melewar. Adakah kita yakin bahawa agenda debat ini akan berlaku dalam masa terdekat ini.Saya beranggapan kenyataan itu adalah hipokrit semata-mata disamping sifat ego menteri tersebut. Sudikah beliau berdebat sedangkan terdapat perjanjian yang jelas tentang perkara tersebut. Saya yakin dan percaya sahutan itu adalah tipu helah semata-mata bagi mengkaburi mata rakyat terhadap kesahihan hak rakyat Kelantan terhadap bayaran royalti yang sepatutnya diberi oleh kerajaan pusat.

Apapun kita nantikan perkembangan terbaru berkaitan isu debat ini. sebagai persiapan awal Nazri Aziz harus memilih hujah-hujah yang konkrit supaya tidak ditertawakan rakyat yang menontonnya. Beliau juga dinasihat supaya menyediakan kelengkapan secukupnya supaya tragedi drama mulut berbuih tidak lagi berulang.

No comments: