Thursday, November 12, 2009

Kelantan Layak Terima Royalti

TANJONG MALIM : RABU, 11 November-Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Syarahan Tun Ghafar Baba. Tetamu undangan yang membicarakan tentang 'pembangunan ekonomi dan pembinaan bangsa' dalam syarahan tersebut adalah mantan menteri kewangan Malaysia suatu ketika dahulu iaitu YB. Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam ucaptama syarahan tersebut beliau telah menyatakan bahawa antara punca kegagalan kaum Melayu menguasai segala bidang dalam negara ini adalah disebabkan sikap pemimpin itu sendiri. Dalam teks ucaptamanya itu banyak diselitkan dengan kisah para Nabi dan sahabat sebagai rujukan untuk memerintah secara adil.

Bagaimanapun dalam sesi soal jawab, soalan berkaitan isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan menjadi pilihan kepada peserta. Disebabkan kedudukan beliau sebagai mantan menteri kewangan suatu ketika yang diakui terlibat secara langsung dalam memeterai perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri.

Beliau menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan kepada pihak Petronas untuk membayar 5% (tunai) kepada mana-mana negeri yang menjumpai dan mempunyai hasil minyak. Berpegang kepada dasar tersebut maka kerajaan wajib membayar wang tunai kepada kerajaan Kelantan, tambahnya lagi. Beliau dengan sinis menyatakan bahawa pemberian wang ehsan adalah idea Tun Dr.Mahathir dalam siri menafikan pemberian hak kepada kerajaan Terengganu yang dikuasai pembangkang pada tahun 2000.

No comments: