Thursday, November 5, 2009
Penganiayaan Terus Dilakukan
Assalamualaikum..
Dato? Najib dalam Dewan Rakyat semalam telah mengumumkan bahawa Kelantan akan mendapat wang ehsan sahaja bukannya royalti seperti yang dituntut kerajaan Kelantan sebelum ini. Suasana dalam dewan tegang seketika berikutan jawapan Najib yang hipokrik itu.
Kami rakyat Kelantan sudah lama diperlakukan dengan ketidakadilan oleh kerajaan pusat, namun kali ini adakah kerajaan Najib akan meneruskan siri kepimpinan 'dajjal' kepada Kelantan? Hak kami mesti dikembalikan walaupun pelbagai helah dicari dan ditimbulkan. Mengapa pula kawasan pertindihan yang dibesarkan sedangkan ada pula blok yang dikenalpasti boleh dipertimbangkan. Sudah pasti yang "dipertimbangkan" itulah hak milik negeri yang kami tuntut.
Kerajaan pusat tidak perlu berdrama lagi kepada kami kerana prestasi sebelum ini sudah memberi KPI yang amat teruk. Rakyat tidak mendapat kebajikan yang selayaknya malah ketua-ketua umno di semua peringkat yang membolot segala peruntukan rakyat. Adakah kerajaan pusat masih mahu berselindung dengan kenyataan yang berlaku ini.
Sudahlah Dato? Najib, kembalikan hak itu kepada orang yang sebetulnya, biar kami sendiri yang menguruskan poket kami, kami tidak sanggup menerima nasib yang sama dengan negeri jiran kami Terengganu yang terus menerus berada dalam kemiskinan walaupun berbilion ringgit yang mereka dapat. siapa yang menguruskannya?cekap?amanah?telus?adil?. Fikirkanlah wahai rakyat jelata khususnya rakyat Terengganu.
Tuntutan tersebut mesti diteruskan lagi. Syabas dan tahniah kepada pimpinan negeri tertamanya Datuk Husam yang bertungkus-lumus dalam memperjuangkan hak rakyat Kelantan. Semoga segala usaha ini akan memberi sinar hidup baru buat rakyat Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment