Sunday, February 21, 2010

Rasulullah Suri Tauladan Terbaik



Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan pada hari ini untuk menyambut satu lagi peristiwa penting yang tercatat dalam lakaran sejaran. Selawat dan salam kepada jumjumgam besar nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala rasul dan pembawa rahmat untuk sekalian alam. Setiap 12 Rabiul Awal seluruh umat islam di dunia sudah pasti tidak melupakan tarikh yang paling bersejarah dalam kegemilangan Islam. Maka sambutan maulidurrasul yang diadakan oleh setiap masyarakat merupakan satu inisiatif untuk menyatakan/menzahirkan rasa kasih dan sayang kita kepada baginda. Baginda lahir umpama bulan yang hadir menerangi malam, bak matahari meyinari bumi alam semesta.

Allah swt berfirman dalam surah al- Ahzab : 21

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة

Bermaksud:

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik “

Setiap tahun kita memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah, anugerah dan sebagainya. Melalui majlis-majlis sebegini diharap masyarakat Islam dapat mengingati perit-getir perjuangan Rasulullah saw. Kita ummat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah saw sebagai uswah hasanah (contoh teladan yang baik) dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah ad-din iaitu cara hidup yang merangkumi seluruh kehidupan kita dengan mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t. melalui ajaran dan contoh tauladan daripada baginda inilah yang dapat membawa kita semua ke arah kebenaran dan sistem kehidupan yang betul. Kaedah dan diri tersebut haruslah kita aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai pelajar pada hari ini. Rasulullah pernah berpesan kepada para sahabat bahawa ilmu yang berguna adalah ilmu yang dapat membawa kita semua dekat kepada pencipta.

Keindahan agama Islam tidak dapat dirasai dan dihayati sekiranya kita tidak beramal dengannya. Leindahan Islam mancakupi segala aspek kehidupan manusia seperti akidah, ibadah, muamalat, akhlak, perundangan dan pelbagai lagi. Sekiranya kita semua mengamalkan cara kehidupan yang dianjurkan oleh Islam secara lengkapnya, insyaAllah umat Islam akan menjadi umat yang termaju.

Saya mengharapkan kepada semua siswa-siswi UPSI pada hari ini dapat menghadirkan diri dalam setiap sambutam maulidurrasul yang akan dianjurkan oleh mana-mana pihak samada pihak universiti ( Pusat Islam) ataupun daripada kolej-kolej kediaman. Bersamalah kita datang dan mengambil iktibar daripada sirah perjuangan baginda yang agung. Semoga kita semua dapat mewarisi sifat dan keperibadian terpuji Rasulullah dalam mendidik anak bangsa kelak.

No comments: