Sunday, February 14, 2010

Valentine Barah Remaja Muslim


Kedatangan 14 FEBRUARI pasti akan dinanti oleh golongan remaja dan setiap pasangan yang bercinta.bagaimana Hari Valentine bermula. Malahan ramai yang tidak tahu mengenai asal usul dan sejarah mengenai Hari Valentine. Ramai remaja hanya mengikut apa-apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan samaada Hari Valentine wajar disambut ataupun tidak.

Melihat pada namanya sahaja maka jelas kepada kita bahawa Hari Valentine bukan berasal dari timur tetapi sebuah negara yang bernama Itali .Hari Valentine sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi,dan ajaran Kristian. Berdasarkan kepada hakikat ini,

APAKAH ASAS YANG KUKUH SEHINGGA UMAT ISLAM SENDIRI MENYAMBUT HARI VALENTINE ??

Sebagai seorang yang berilmu, kita mampu berfikir dengan baik. Kita sepatutnya menolak budaya untuk meraikan Hari Valentine kerana cinta adalah sesuatu yang suci dan tidak sepatutnya dicemari dengan unsur-unsur yang boleh merosakkan hubungan tersebut.

Cinta suci dan sejati hanya akan lahir daripada hati yang tulus. Cinta adalah persoalan hati yang akan sentiasa bersemi dalam sanubari. Sementelahan itu, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan pada Hari Valentine sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

No comments: