Assalamualaikum...
Setelah seminggu proses pilihanraya kampus selesai dijalankan, masih lagi kita dengar berita yang kurang menyenangkan bagi universiti di Lembah Klang iaitu UM dan UKM. Kerancakan politik yang dilalui mereka menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap sistem politik yang dapat memberikan kuasa kepada sesuatu pihak untuk memerintah dengan acuan yang tersendiri. namun bukan itu isunya, tetapi keputusan pilihanraya yang telah diumumkan baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada pihak pentadbir universiti kerana bantahan demi bantahan dilakukan oleh mahasiswa.
Hujah mereka bertambah kuat apabila kali ini sistem e-voting digunakan yang menjadi perdebatan hangat sebelum PRK bermula lagi. Pada hari ini mereka sekali lagi berhimpun dan berarak bagi menuntut satu pilihanraya yang adil dapat dilaksanakan. Mereka juga mendesak TNC HEPA, Dr. Azarae Idris supaya meletak jawatan kerana gagal dalam melaksanakan tugas dan amanah.
Pihak HEP seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga dengan suara mahasiswa yang bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Pencabulan demokrasi kampus sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa sekarang sudah pandai dalam menilai kebenaran dan kerakusan.
Begitu juga kisahnya yang berlaku di UKM dan UPM. Kumpulan mahasiswa yang dikatakan menjadi pembangkang kepada HEP sering diusik dan diganggu. Apa yang berlaku adalah amat memalukan apabila mereka dinafikan kerusi kabinet MPP walaupun telah memenangi pilihanraya yang ' adil '. Pelbagai alasan dan isu cuba dicari bagi memastikan mereka tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet yang bakal dibentuk.
HEP sepatutnya menjadi pendorong kepada pemurnian politik kampus, bukannya menjadi dalang kepada mana-mana pihak. HEP juga mesti memberikan ruang yang sebaiknya supaya pelajar dapat menjadi rakyat yang mempunyai kematangan dalam berpolitik.
Saya melihat keadaan ini menyumbang kepada persaingan yang tidak sihat. Akhirnya mahasiswa yang akan menjadi golongan masyarakat kelak menjadi rakyat yang lesu dan terkongkong dalam istilah demokrasi yang telah dikurung.

No comments:
Post a Comment