Di saat permulaan cuti semester ini tidak sabar rasanya untukku pulang ke kampung halaman bertemu kawan-kawan dan keluarga tercinta tatkala melihat ragam dan gelagat kawan-kawan yang membawa beg besar melintasi pandangan mataku. Namun disebabkan tugas-tugas yang harus diselesaikan belum lagi dilangsaikan sepenuhnya maka terpaksalah aku berkampung di Tanjung Malim ini terlebih dahulu walaupun hatiku sudahpun berada di desa tercinta.
Selamat jalan diucapkan kepada semua yang telahpun bertolak atau akan menyusul selepas ini. Segala kesilapan dan kesalahan selama sepangjang semester ini disusun sepuluh jari ampun maaf dipinta. Semoga anda semua menggunakan peluang yang ada untuk menyempurnakan kegembiraan hati kedua ibu bapa di rumah. Mereka menunggu anda dengan penuh kerinduan dan kasih sayang.
Kepada mereka yang balik dengan menaiki bas, semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Begitu juga kepada yang mereka yang pulang dengan menaiki kenderaan sendiri samada kereta mahupun motosikal, pesanan daripada saya supaya anda memandu dengan berhati-hati tambahan pula dengan keadaan langit kita sekarang ini yang sering mencurahkan air rahmat membasahi bumi yang gersang."Ingatlah Orang Tersayang"
1 comment:
Kita tak pernah bercuti sehingga Allah menjemput kita.
Post a Comment